Sunday, January 15, 2017

Sejarah Sistem Takwim Hijrah Di Malaysia



* fasa fasa bulan
..

Umum mengetahui bahawa kalendar Hijrah mempunyai kaitan  yang rapat dengan anak bulan. Ini  kerana penentuan bagi awal bulan berdasarkan kenampakan anak 
bulan ( Hilal ) .

Walaupun pada asas nya awal bulan ditentukan berdasarkan kenampakan anak bulan , 
Secara praktikal nya , 
Kalendar Hijrah terbahagi kepada  beberapa jenis bergantung kepada  keadaan masa dan tujuan pemakaian .
..


Ketika ini , 
Dalam menentukan masuknya awal bulan baru ,
Malaysia menggunakan kaedah RUKYAH dan HISAB berdasarkan
kriteria imkanur rukyah 
( kebolehnampakan hilal ) :-

1. Ketika matahari terbenam , ketinggian bulan tidak
kurang daripada 2 darjah dan jarak lengkuk keduanya tidak kurang daripada 3 darjah.
Atau :
2. Ketika bulan terbenam umurnya tidak kurang daripada 8 jam selepas waktu ijtimak berlaku.
..

Sebelum menggunakan kalendar hijrah berdasarkan kriteria imkanur rukyah ,
Terdapat beberapa jenis kalendar hijrah yang pernah digunapakai di Malaysia antaranya ialah ;



1) Kalendar Istilahi
( sebelum 1969 ~ 1986 ) :

Sebelum tahun 1969, penyusunan Kalendar Istilahi telah digunapakai di Malaysia.  Secara umumnya, kalendar ini berdasarkan kepada  hisab ‘urfi yang mempunyai bilangan hari sebanyak 29 hari dan 30 hari secara berselang seli setiap bulan. 

Contoh : 
Muharram - 30 hari
Safar - 29 hari
Rabiulawal - 30 hari

Namun begitu, Kalendar Istilahi  tidak digunakan bagi penentuan awal Ramadan dan Syawal, sebaliknya tarikh tarikh tersebut ditentukan berdasarkan kepada  kaedah hisab dan rukyah .

* kalendar istilahi
..

2) Kalendar Ijtimak Hakiki
( 1986 ~ 1991 ) :

pada tahun 1986 hingga tahun 1991, Malaysia telah menggunakan Kalendar Ijtimak Hakiki. Kalendar  ini berdasarkan kepada ;

sekiranya  ijtimak berlaku sebelum matahari terbenam,  maka sejak terbenam matahari dikira awal bulan Hijrah  yang baru. 

Namun sekiranya ijtimak berlaku selepas matahari terbenam, maka bermula pada terbenam matahari dikira 30 haribulan bagi bulan Hijrah yang berlangsung. 

contoh :

Pada 29 muharram iaitu sebelum matahari terbenam telah berlakunya ijtimak ,  
maka ,
Masuk nya waktu maghrib selepas matahari terbenam pada petang 29 muharram itu menandakan masuk nya 1 safar .

Jika ijtimak berlaku selepas matahari terbenam pada 29 muharram ,
Maka , 
Masuk nya waktu maghrib selepas matahari terbenam , bulan muharram akan digenapkan menjadi 30 hari .

Selain Kalendar istilahi , kalendar ini juga digunakan bagi menentukan semua awal bulan Hijrah kecuali 1 Ramadan dan 1 Syawal .
..

3) Kalendar Ijtimak Wujudul Hilal
( 1992 ~ 1994 ) :

antara tahun 1992 hingga 1994 Kalendar Ijtimak Wujudul Hilal telah digunapakai di Malaysia .  
Kalendar ini berdasarkan kepada masa berlaku ijtimak pada akhir bulan Hijrah beserta anak bulan wujud di atas ufuk selepas matahari terbenam . 
kalendar ini digunakan untuk penentuan awal bulan selain 1 Ramadan, 1 Syawal dan 1 Zulhijjah. Penentuan bulan bulan tersebut mengunakan kalendar Imkanur rukyah.  

Kalendar ijtimak wujudul hilal mempunya beberapa kriteria bagi menentukan masuknya awal bulan baru . Antaranya ialah :

- telah berlaku ijtimak 
- ijtimak berlaku sebelum matahari terbenam ,
DAN
- ketika terbenamnya matahari , 
atas Bulan berada di atas ufuk .

Ketiga tiga kriteria ini perlu dipenuhi sekaligus bagi menentukan awal bulan baru tanpa mengambil kira sudut ketinggian bulan . 

Contoh :

Jika berlakunya ijtimak pada 29 muharram , bulan terbenam setelah terbenamnya matahari 
pada petang itu , 
maka ,
Masuk nya waktu maghrib selepas matahari terbenam pada petang 29 muharram itu menandakan masuk nya 1 safar tanpa mengambil kira sudut ketinggian bulan ketika matahari terbenam asalkan melebihi 0 darjah .


..


4) Kalendar Imkanur Rukyah
( 1995 ~ sekarang ) :

bermula pada tahun 1995 ,
Kalendar Imkanur rukyah telah digunakan dalam penyusunan kalendar Hijrah di Malaysia .

* kriteria imkanur rukyah
..
..

Hilal / anak bulan :-

fasa bulan yang boleh dilihat selepas ijtimak. Ia merupakan sebahagian kecil dari permukaan bulan yang menerima cahaya matahari dan kelihatan seperti satu lengkuk cahaya halus seperti sabit.



* Hilal ( anak bulan )
dari Russian Ridge Open Space Preserve , California .
..

Ijtimak/konjungsi :-

Semasa bulan mengelilingi bumi di dalam orbitnya, ia akan sampai kepada satu kedudukan di mana matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garis (meridian) , 
Ijtimak merupakan detik pemisahan fasa bulan lama dengan fasa bulan baru . 
Ketika ijtimak terjadi , 
Bulan tidak dapat dilihat dari bumi
kerana permukaan bulan yang
Menghala ke bumi tidak mendapatkan sinar matahari dan dikenali dengan istilah Bulan Baru .

..

Rukyah :-

aktiviti mengamatan hilal 
( anak bulan ) yang pertama setelah berlaku nya ijtimak dengan menggunakan mata kasar atau alat bantu optik . .

* aktiviti rukyah
..

Hisab :- 

Hitungan atau kiraan .


* contoh data hisab bagi kenampakan hilal
..

Wallahu A'lam

"Majulah Falak Untuk Ummah"

Sumber rujukan : 

Jurnal bertajuk :-

SEJARAH KRITERIA KENAMPAKAN ANAK BULAN DI MALAYSIA 
(History of the Criteria for Lunar Crescent Visibility in Malaysia)

Oleh :-
DR. Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi 
DR. Saadan Man
DR. Mohd  Zambri zainuddin
DR. Raihana Abdul Wahab 
DR. Nurul huda Ahmad Zaki


- Dr. Azhari Mohamed (2015) :-

Cadangan Penetapan Awal Hijrah Di Malaysia Berdasarkan Umur Hilal. Muzakarah Falak 2015. Langkawi .


-SYAH-

No comments:

Post a Comment

Jenis-jenis Juraian Meteor

Meteor Perseid di  Joshua Tree National Park kredit:  Brad Sutton (sumber: https://solarsystem.nasa.gov) Juraian meteor atau meteor ...