Sunday, January 1, 2017

SoMetHing NeW iS cOminG

Assalamualaikum :)

Selamat Tahun Baru 2017. Menuju ke tahun baru 2017, Hoshizora Astronomy Club (HAC) bakal menjadi sebuah kelab yang proaktif dalam usaha untuk memupuk minat warga Malaysia dan dunia umumnya ke arah teknologi sains angkasa, astronomi dan falak.

Maka diwujudkan blog HAC ini sebagai satu wadah untuk menggalakkan penulisan berkaitan sains angkasa lepas disebar luaskan dan dikongsi untuk manfaat bersama serta mewar-warkan aktiviti yang bakal dianjurkan oleh HAC. Idea ini mula dicetuskan oleh En Hasim (ahli HAC) dalam mesyuarat HAC yang pertama bagi menggalakkan penulisan berkaitan sains angkasa lepas dikalangan ahli HAC dikongsi untuk semua disamping memupuk minda intelektual yang bagus serta menjadikan ahli HAC terus cakna dengan isu semasa dunia sains angkasa lepas.

Harapan dan cita-cita HAC untuk tahun 2017 amat lah besar untuk menaikkan HAC sebagai sebuah kelab yang aktif. Pelbagai perancangan telah pun diatur dan berharap agar kami mendapat sokongan aura positif dan tunjuk ajar dari semua mereka yang pakar dalam bidang ini.


- Mr.P -

No comments:

Post a Comment

Jenis-jenis Juraian Meteor

Meteor Perseid di  Joshua Tree National Park kredit:  Brad Sutton (sumber: https://solarsystem.nasa.gov) Juraian meteor atau meteor ...