wikipedia |
Pada penghujung abad ke 20, tidak ramai antara kita yang mengenali bidang radio astronomy dan kewujudan sebuah radio telescope gergasi di Mexico. Filem Contact yang diterbitkan oleh Warner Brother ini sedikit sebanyak memperkenalkan kita dengan dunia radio astronomy yang sememangnya penting dalam pembangunan dan kajian jasad astronomi yang tidak dapat dicerap melalui pandangan optik.
Sinopsis
Dr Ellie Arroway seorang saintis wanita yang bekerja dengan Search for ExtraTerrestrial Intelligent (SETI) di balai cerap Arecibo, Puerto Rico. Penasihat sains President Amerika, David Trumlin bertindak menarik dana daripada SETI kerana menganggap kajian SETI sia-sia. Dengan minat dan keazaman yang tinggi, Dr Arroway meneruskan kajian dengan meminta dana daripada billionair S. R. Hadden yang membolehkannya meneruskan kajian di Very Large Array, New Mexico.
pinterest.com |
Empat tahun kemudian, ketika Drumlin merancang untuk menutup SETI, Dr Arroway menerima signal nombor prime yang dipercayai datang daripada Alien di bintang Vega yang jauhnya 26 tahun cahaya. Berita itu menyebabkan Drumlin dan badan keselamatan negara mengawal ketat fasiliti balaicerap tersebut. Dr Arroway kemudian mendapati bahawa signal yang diterimanya itu tersembunyi visual video. Setelah ditapis, apa yang kelihatan ialah video ucapan Adolf Hitler pada olimpik musim panas pada 1936 di Berlin. Dr Arroway berpendapat bahawa video tersebut merupakan signal televisyen yang pertama melepasi atmosfera bumi dan berkemungkinan telah sampai ke Vega 26 tahun kemudian.
Selain itu, mereka mendapati dalam signal tv tersebut mengandungi 60 000 muka surat data yang mengandungi kod-kod tertentu yang memakan masa untuk dibongkarkan. Bagaimanapun, Dr Arroway telah dijemput secara rahsia untuk bertemu dengan SR Hadden yang telah berjaya membongkar data tersebut. Apa yang ditemuinya ialah data tersebut merupakan sebuah manual dan blueprint untuk membina sebuah kapal pengangkutan angkasa. Mereka berpendapat bahawa Alien di Vega menjemput manusia untuk bertemu mereka di Vega.
Beberapa syarikat memberi dana untuk membina kapal tersebut dan Dr Arroway terpilih untuk menaiki kapal tersebut untuk ke Vega. Dr Arroway menaiki kapal yang sudah siap dibina tersebut dan berjaya sampai ke sebuah planet yang mengorbit bintang Vega setelah melalui portal wormhole yang terbuka hasil daripada kuasa kapal pengangkutan tersebut. Dr Arroway bertemu dengan makhluk daripada planet tersebut dan dia memberitahu bahawa ini baru langkah pertama manusia dalam penerokaan angkasa lepas bersama spesies yang lain.
pinterest.com |
Dr Arroway dihantar pulang ke bumi dalam keadaan yang separa sedar. Ketika dirawat di hospital, Dr Arroway diberitahu bahawa kapal yang dibawanya sebentar tadi tidak ke mana-mana dan mengalami masalah sehingga gagal untuk berlepas. Bagaimanapun Dr Arroway menafikan dan memberitahu bahawa beliau benar-benar telah berlepas ke Vega dan berada di sana selama 18 jam. Video yang dirakam pada helmet Dr Arroway juga tidak menunjukkan apa-apa visual.
Timbul pelbagai spekulasi mengatakan bahawa semua kejadian dan pembinaan kapal ini hanyalah Hoax yang direka oleh SR Hadden. Bagaimanapun Dr Arroway berkeras mengatakan bahawa beliau yakin kapal itu telah membawanya ke Vega dan memberikannya pengalaman yang luar biasa. Pada masa yang sama, sebuah perbualan rahsia berlaku di White House yang mengatakan video yang dirakam pada helmet Dr Arroway bukan sekadar tiada apa-apa visual, tetapi durasinya benar-benar 18 jam!
Pada penutup filem tersebut, Dr Arroway terus diberi dana untuk meneruskan kajiannya di SETI.
Radio Astronomi
Radio astronomi merupakan cabang bidang astronomi yang mengkaji jasad angkasa lepas pada frekuensi radio. Penemuan gelombang radio yang pertama datang daripada Karl Jansky pada 1930 apabila beliau mendapati signal itu datang daripada radiasi galaksi bima sakti. Beberapa siri dan penemuan baru ditemui dalam bidang radio astronomi yang datang daripada sumber berbeza seperti quasar, pulsar, bintang dan galaksi.
Penemuan Cosmic microwave background radiation yang menjadi bukti teori bigbang merupakan hasil penemuan radio astronomi. Kajian radio astronomi menggunakan radio antena yang besar dan dikenali sebagai radio telescope sama ada satu unit atau beberapa siri unit yang dihubungkan bersama untuk mendapatkan lebih banyak data. Antara radio teleskop yang terkenal termasuklah balaicerap Aricebo Puerto Rico dan Very Large Array (VLA) New Mexico.
wikipedia |
Teleskop VLA merupakan balaicerap radio astronomi yang terletak di Socorro, New Mexico. Kompleks VLA ini terdiri daripada 27 buah radio telescope yang bersaiz 25 meter yang disusun dalam bentuk Y. Saintis telah menggunakan teleskop VLA bagi tujuan kajian black hole, cakera protoplanet sekitar bintang baru, kajian gas dalam bima sakti dan pelbagai lagi jasad cakerawala yang tak mampu dicerap dengan optik. VLA terletak pada aras 2124 meter dari aras laut dan salah satu daripada National Radio Astronomy Observatory (NRAO).
Masa depan Radio Astronomi
Masa depan bagi bidang radio astronomi ini sangat cerah kerana para saintis di sana sedang giat memperkembangkan bidang ini disamping penggunaan teknologi yang makin berkembang pesat. Sekarang, beberapa siri radio teleskop sedang dibina dan ada yang sudah siap. Antaranya ialah MeerKAT South Africa, ASKAP Australia, Square Kilometre Array (SKA) dan beberapa lagi penambahan teknologi dan alatan pencerapan. Baru-baru ini sebuah teleskop radio terbesar di dunia telah dibina di China.
Semua inisiatif ini tidak lain tidak bukan untuk mengkaji rahsia dan sifat alam semesta kita ini. Tidak semua jasad samawi ini mampu dicerap dengan menggunakan teleskop optik. Kebanyakan jasad ini tersembunyi disebalik frequency tertentu pada spectrum band yang tidak mampu kelihatan pada cahaya tampak. Masih terdapat banyak fenomena dan kejadian alam yang masih belum dirungkai. Hanya menunggu masa untuk ditemui dan dibongkar oleh kita.
Admin Jaz
Sumber:
https://en.wikipedia.org/wiki/Karl_G._Jansky_Very_Large_Array
https://en.wikipedia.org/wiki/Radio_astronomy
https://www.nsf.gov/news/news_summ.jsp?cntn_id=102822
https://en.wikipedia.org/wiki/Contact_%281997_American_film%29
https://science.nrao.edu/facilities/gbt/single-dish-school-lectures/sds-2011/TheFutureofRadioAstronomy.pdf
No comments:
Post a Comment