Sunday, February 19, 2017

Komet , Asteroid , Meteoroid , Meteor Dan Meteorit

KOMET  :-

¤ objek samawi yang mengelilingi matahari dengan orbit  yang berbentuk elips .
¤ komet mengandungi ais , batu , metana , ammonia dan pelbagai sebatian yang lain .
¤ apabila komet semakin hampir dengan matahari , jasad nya akan menunjukkan koma yang kelihatan seperti lapisan samar seperti atmosfera yang menyelubungi komet
¤ koma terhasil kerana radiasi daripada matahari menyebabkan lapisan luar ais pada komet mengewap . 
¤ Disebabkan radiasi serta angin matahari pada komet juga dapat menghasilkan ekor pada komet .
¤ komet kebanyakkannya berasal dari kawasan awan Oort dan juga lingkaran kuiper
¤ contoh : komet Halley , Komet Encke , komet Ison  . .


Komet 45P/Honda-Mrkos-Pajdušáková
Kredit : Gerald Rhemann
..


ASTEROID :-

¤ objek samawi ini merupakan batuan yang mengelilingi matahari .
¤ saiz asteroid ada yang kecil dan juga ada yang besar tetapi lebih kecil daripada planet .
¤ asteroid juga dikenali sebagai planetoid atau planet minor  .
¤ kebanyakan asteroid dijumpai dikawasan lingkaran asteroid yang berada di antara planet marikh dan planet musytari
¤ asteroid biasa nya terbentuk daripada batuan dan juga logam .
¤ contoh : pallas , vesta . .



Contoh asteroid
..


METEOROID :-

¤ di luar angkasa , terdapat pelbagai sisa daripada objek objek samawi seperti sisa debu daripada komet atau serpihan batuan daripada asteroid .
¤ sisa dan serpihan inilah yang dipanggil meteoroid .
¤ saiz meteoroid lebih kecil daripada asteroid . Kadang saiz nya hanya sebesar batu kerikil dan pasir atau lebih kecil ..



Perbezaan meteoroid dengan asteroid
..

METEOR :-

¤ merupakan meteoroid yang memasuki atmosfera bumi disebabkan faktor tarikan graviti bumi .
¤ meteoroid yang memasuki atmosfera bumi akan terbakar lalu menghasilkan jalur cahaya yang hilang dalam sekelip mata .
¤  jalur cahaya yang terhasil daripada meteoroid yang terbakar itu dipanggil meteor atau tahi bintang .
¤ kadang , bumi akan melalui kawasan yang padat dengan meteoroid .
¤ ketika lalu dikawasan yang padat dengan meteoroid , akan berlakunya satu fenomena yang dipanggil
" Hujan meteor / pancuran meteor "
¤ contoh : lyrids ,  geminids , orionids



hujan meteor Perseids di Mount Rainier National Park .
Kredit : Matt Dieterich
..

METEORIT :-

¤ merupakan meteoroid yang memasuki atmosfera bumi tetapi tidak terbakar sepenuhnya disebabkan saiz nya yang besar lalu jatuh ke permukaan bumi ...



Hoba meteorite yang berada di Namibia
..



Sekian . .
Wallahu A'lam .
"Majulah Falak Untuk Ummah"

No comments:

Post a Comment

Jenis-jenis Juraian Meteor

Meteor Perseid di  Joshua Tree National Park kredit:  Brad Sutton (sumber: https://solarsystem.nasa.gov) Juraian meteor atau meteor ...