Thursday, January 12, 2017

SYUKUR DAN TAHNIAH

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan pemilik alam. Sesungguhnya saya berasa amat bersyukur dan berasa gembira kerana pada hari ini permohonan pendaftaran Kelab Astronomi Hoshizora Malaysia (Hoshizora Astronomy Club, HAC) dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia telah pun diluluskan. Kelab ini telah secara sah berdaftar dengan nombor pendaftaran PPM-011-05-12012017. Saya secara peribadi mengucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang telah memberikan kerjasama dalam merealisasikan impian ini. Tahniah buat semua ahli jawatankuasa HAC.

Moga kelab ini akan bergiat aktif dalam pelaksaan aktiviti pada masa yang akan datang. Tujuannya tidak lain tidak bukan bagi memupuk sikap cakna masyarakat Malaysia terhadap ilmu falak, astronomi dan teknologi sains angkasa.




-Mr. P-

1 comment:

Jenis-jenis Juraian Meteor

Meteor Perseid di  Joshua Tree National Park kredit:  Brad Sutton (sumber: https://solarsystem.nasa.gov) Juraian meteor atau meteor ...