Monday, April 9, 2018

Jenis-jenis Awan

10 Jenis Awan

Terdapat pelbagai jenis awan yang wujud di langit. Walaupun begitu, jenis-jenis tersebut dapat dibahagikan kepada 10 kumpulan asas mengikut bentuk dan ketinggian awan tersebut.



Gambaran keseluruhan jenis awan mengikut ketinggian

Kumulus
Berbentuk seperti lukisan awan yang dilukis oleh kanak-kanak. Berbentuk gumpalan dan berwarna putih apabila terkena cahaya matahari. Mempunyai permukaan yang rata dan gelap di bawahnya. Boleh dilihat ketika hari cerah dan panas.



Stratus
Awan rendah ini membentuk garisan melintang yang rata berwarna kelabu tetapi tidak menyentuh bumi. Kebiasaannya membawa hujan gerimis. 



Stratocumulus
Awan berbentuk seperti kumulus yang kurang bergumpal tetapi berada di langit rendah. Berwarna putih atau kelabu dan menampakkan sedikit langit biru di celah awan jenis ini Boleh dilihat ketika hari berawan.


Altocumulus
Kelihatan berkepul atau bergulung dalam lapisan seakan bulu biri-biri. Awan ini biasanya menandakan hujan rebut mendekati sesuatu kawasan.


Nimbostratus
Awan yang meliputi langit dengan lapisan kelabu gelap. Ketebalannya merangkumi langit rendah ke langit pertengahan. Juga dapat menghalang cahaya matahari menerangi bumi. Dapat dilihat ketika hujan di sesebuah kawasan.


Altostratus
Altostratus kelihatan seperti lapisan kelabu cerah yang menenuhi langit  di langit pertengahan. Walaupun awan telah meliputi langit, matahari masih boleh dilihat secara samar tetapi tidak mengahsilkan bayang di tanah.


Sirrokumulus
Awan tinggi yang kelihatan seperti tompok-tompok putih yang tersusun terhasil daripada kristal ais. sering kali berada di langit dalam tempoh yang pendek. 


Sirrostratus
Awan putih yang meliputi hampir keseluruhan langit. Menghasilkan cincin atau halo di sekeliling bulan atau matahari. 


Sirus
Sirus membawa maksud rambut ikal mayang. Ia kelihatan nipis, panjang dan lurus. ia seringkali datang sebelum hujan.


Kumulonimbus
Awan kumulonimbus adalah menara kepulan air yang seringkali membawa hujan dan ribut. ia terbentuk daripada tiupan angin yang kuat ke atas langit.



Selamat mengenali awan (:

Sumber:
https://www.thoughtco.com/types-of-clouds-recognize-in-the-sky-4025569
http://nira15.blogspot.my/2012/06/jenis-jenis-awan-lengkap-dengan-fotonya.html

No comments:

Post a Comment

Jenis-jenis Juraian Meteor

Meteor Perseid di  Joshua Tree National Park kredit:  Brad Sutton (sumber: https://solarsystem.nasa.gov) Juraian meteor atau meteor ...