Wednesday, January 4, 2017

PENCEMARAN CAHAYA : Siang Terang , Malam pun Terang .


* data pencemaran cahaya di seluruh dunia
..

Biasa yang kita dengar dan ambil peduli adalah pencemaran air , pencemaran udara atau pencemaran bunyi  . .

Pencemaran cahaya pula jarang diberi perhatian .

Apakah Pencemaran Cahaya ?? 


Untuk pengetahuan , 
Pencemaran cahaya  merujuk kepada  suatu masalah pencahayaan bukan semulajadi yang berlebihan atau terlalu terang pada waktu malam .

Pencemaran cahaya berpunca daripada penggunaan cahaya buatan manusia yang kurang berkesan seperti pemasangan lampu jalan , lampu bangunan , lampu pada papan iklan dan sebagainya yang tidak betul .

*pencemaran cahaya di asia
..

Secara umum nya , terdapat beberapa jenis pencemaran  :-


-Urban sky glow ;
Disebabkan Kecerahan langit malam yang terang dikawasan bandar .
..


-Light trespass ;
Berpunca daripada pemasangan lampu yang tidak berkesan kerana cahaya dipancarkan ke kawasan yang tidak diperlukan .
..


-Glare ;
Kesan pencahayaan yang terlalu terang dan menyebabkan penglihatan kurang selesa .tahap silau yang tinggi boleh mengurangkan jarak penglihatan
..


-Light clutter ;
Disebabkan Cahaya berlebihan yang sangat terang terutama dikawasan bandar . Keadaan ini menyumbang kepada kesan pencahayaan langit , pencerobohan cahaya dan silau .
..

Suatu masa dahulu , 
apabila kita memerhati langit malam , keadaan langit dipenuhi bintang bintang .
Kini , keadaan telah berubah .

Bintang bintang di langit kelihatan "hilang" dan "kurang" .

hakikatnya , 
bintang bintang masih ada tetapi kita yang tidak dapat melihat nya disebabkan keadaan langit yang terang kerana faktor cahaya berlebihan terutama dikawasan bandar .

disebabkan langit yang terlalu terang di malam hari juga , ramai orang tidak dapat mengenal serta melihat objek objek langit seperti planet , jalur bima sakti dan sebagainya .

Menurut kajian , sebahagian besar kawasan di bumi berada dalam lingkungan pencemaran cahaya .


*sebahagian galaksi bima sakti yang boleh dilihat dikawasan bebas pencemaran cahaya .
kredit : Justin NG
..
Selain memberi kesan kepada keindahan langit malam , Pencemaran cahaya juga boleh memberi kesan kepada manusia , haiwan serta tumbuhan . 

Kesan kepada manusia :

- cahaya yang terlalu terang di waktu malam dapat mengganggu kitaran hormon di dalam badan . Keadaan ini akan memberi kesan kepada kesihatan dan psikologi .

- Jika terdapat cahaya terang semasa tidur, pengeluaran hormon melatonin akan terganggu. Ini boleh membawa kepada gangguan tidur dan masalah kesihatan seperti pening , keletihan dan sebagainya .
..

Kesan kepada haiwan dan tumbuhan :

- pencemaran cahaya boleh mengganggu pola migrasi haiwan .
Contoh : migrasi burung .
Burung menjadikan cahaya bintang dan bulan sebagai salah satu panduan ketika bermigrasi ke tempat lain . Ketika ini , cahaya buatan manusia telah menganggu cahaya objek objek di langit .

- penyu yang ingin bertelur  kebiasaanya mencari pantai yang gelap semakin susah mencari kawasan yang sesuai untuk bertelur kerana gangguan cahaya .

-   sesetengah tumbuhan juga boleh terganggu kerana cahaya berlebihan yang diterima dapat mengganggu proses tumbesarannya .
..

Cara Mengurangkan Pencemaran Cahaya :

1) gunakan lampu bila perlu .
2) gunakan cahaya lampu sebanyak yang diperlukan sahaja .
3) elakkan menghalakan cahaya lampu ke arah langit . 
4) gunakan lampu yang terselindung dengan penutup yang sesuai dan berkesan .
5) kurangkan penggunaan lampu pada papan papan iklan dan sebagainya .

                               ..

kempen kempen kesedaran juga boleh dilakukan dengan lebih kerap supaya masyarakat lebih mengambil berat serta turut serta untuk mengatasi pencemaran cahaya .

Selain itu , pendidikan serta pendedahan dari awal juga memainkan peranan penting dalam kalangan generasi muda supaya pencemaran cahaya dapat di kawal .

Kesimpulannya ,

Pencemaran cahaya bukan la sesuatu isu yang remeh . ia dapat memberi kesan kepada keseluruhan hidupan secara langsung atau pun tidak . .
Jadi ,
Sama sama lah kita mengatasi masalah pencemaran cahaya supaya tidak berterusan menjadi ancaman kepada alam ini .

Sekian .
Wallahu A'lam .

"Majulah Falak Untuk Ummah"

Sumber rujukan :

No comments:

Post a Comment

Jenis-jenis Juraian Meteor

Meteor Perseid di  Joshua Tree National Park kredit:  Brad Sutton (sumber: https://solarsystem.nasa.gov) Juraian meteor atau meteor ...