Wednesday, January 24, 2018

" Super Blue - Blood Moon Eclipse " ?? Antara Realiti Dan Fantasi .



             
Kredit gambar :Michele Whitlow 

..

Beberapa hari sahaja lagi iaitu tepatnya 31 Januari 2018 , penduduk di seluruh kawasan di Malaysia berpeluang menyaksikan suatu fenomena astronomi yang jarang sekali berlaku iaitu gerhana bulan penuh .

Kali terakhir gerhana bulan penuh dapat disaksikan di Malaysia pada tahun 2015 yang lalu .
..

Mengikut kiraan ahli astronomi , gerhana bulan penuh pada 31 Januari itu nanti akan bermula sekitar waktu maghrib apabila jasad bulan mula memasuki bayangan penumbra bumi sehingga berakhir sepenuhnya sekitar tengah malam apabila jasad bulan sepenuhnya keluar daripada bayangan penumbra bumi .

Di Malaysia ,

Penduduk di kawasan Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak )  lebih beruntung kerana dapat menyaksikan detik-detik awal fasa gerhana iaitu ketika fasa gerhana penumbra bermula berbanding di semenanjung yang hanya dapat menyaksikan gerhana ketika bulan mula memasuki fasa gerhana separa .
..

FASA-FASA GERHANA :-

Permulaan Fasa Gerhana Penumbra :
- Jasad bulan mula memasuki bayangan penumbra bumi .
* 06:51 PM ( 31 Januari 2018 )
* bulan belum terbit di semenanjung . Hanya dapat disaksikan di Malaysia Timur  .

Permulaan Fasa Gerhana Separa :
- Jasad bulan mula memasuki bayangan umbra bumi .
* 07:48 PM ( 31 Januari 2018 )
* dapat disaksikan di seluruh Malaysia .

Permulaan Fasa Gerhana Penuh :
-  Jasad bulan sepenuhnya memasuki bayangan umbra bumi .
* 08:51 PM ( 31 Januari 2018 )
* dapat disaksikan di seluruh Malaysia .

Kemuncak Gerhana Bulan Penuh :
- Jasad bulan berada pada kedudukan paling dalam di dalam kawasan bayangan umbra bumi .
* 09:29 PM ( 31 Januari 2018 )
* dapat disaksikan di seluruh Malaysia .

Fasa Gerhana Penuh Berakhir :
- Jasad bulan mula keluar daripada bayangan umbra bumi .
* jasad bulan kembali memasuki bayangan penumbra .
* 10:07 PM ( 31 Januari 2018 )
* dapat disaksikan di seluruh Malaysia .

Fasa Gerhana Separa Berakhir :
- Jasad bulan sepenuhnya memasuki bayangan penumbra semula .
* 11:11 PM ( 31 Januari 2018 )
* dapat disaksikan di seluruh Malaysia .

Fasa Gerhana Penumbra Berakhir :
- Jasad bulan sepenuhnya keluar daripada bayangan penumbra bumi .
* gerhana berakhir
* 12:08 AM ( 01 Februari 2018 )
* dapat disaksikan si seluruh Malaysia .
..

Keseluruhan fasa gerhana bulan kali ini berlaku selama 5 jam 17 minit.

fasa gerhana separa berlaku selama 2 jam 7 minit manakala keseluruhan fasa gerhana penuh iaitu ketika jasad bulan sepenuhnya memasuki bayangan umbra bumi berlaku selama 1 jam 16 minit .
..

Menjelang hari berlakunya gerhana bulan penuh tersebut , pelbagai portal berita berlumba - lumpa mempromosikan fenomena yang satu ini .

Pelbagai istilah telah digunakan antaranya adalah :

" super blue - blood moon eclipse " .

Super merujuk kepada " super moon "
Blue merujuk kepada " blue moon "
Blood merujuk  kepada " blood moon "
..


Ada beberapa portal yang menyatakan bulan akan bertukar menjadi warna biru ketika gerhana nanti .

Realiti atau fantasi ?

Benarkah bulan akan bertukar menjadi biru ketika gerhana nanti ?

Adakah bulan akan berdarah ??


..

Super blue - blood moon bukanlah suatu istilah saintifik di dalam bidang astronomi .

Jadi , apakah kaitannya penggunaan istilah tersebut dengan gerhana kali ini ?

Pertama sekali ,
untuk pengetahuan semua ,

Gerhana bulan penuh kali ini bertepatan dengan fenomena " blue moon " .

Blue moon antara istilah yang sangat terkenal
Sejak kebelakangan ini tetapi bukan istilah sainstifik .


Apakah pengertian disebalik fenomena blue moon ?

Terdapat dua takrifan yang paling terkenal di sebalik fenomena blue moon .

1) Bulan purnama ketiga dalam satu musim.

Di dalam 1 tahun masihi terdapat 4 musim .
1 musim mempunyai 3 bulan .
Ini bermakna , 1 musim kebiasaannya akan mempunyai 3 bulan purnama .

Jika 1 musim itu mempunyai 4 bulan purnama , maka bulan purnama yang ketiga merupakan blue moon atau turut dikenali sebagai seasonal blue moon .

Contoh pada tahun 2016 :

1 musim : 
bermula ekuinoks sehingga solstis.
ekuinoks musim bunga ( hemisfera utara )/luruh  ( hemisfera selatan )sehingga solstis musim panas ( hemisfera utara )/ musim sejuk ( hemisfera selatan )  =  1 musim

..
Ekuinoks : 20 mac 2016 .
bulan purnama :~
23 mac 2016 .. 
..
bulan purnama :~
22 april 2016 .. 
..

Bulan purnama :~
21 mei 2016 

..
Bulan purnama :~
20 jun 2016 .. 
..
Solstis : 20 jun 2016 .

Bila diperhatikan . . 
Sepanjang ekuinoks dan solstis tersebut , terdapat 4 bulan purnama . . 
Maka , bulan purnama Ketiga iaitu pada 21 Mei 2016 dikenali sebagai blue moon .
..

2) Bulan purnama kedua dalam satu bulan masihi .

Di dalam 1 bulan masihi , kebiasaannya akan mempunyai 1 bulan purnama .

Jika 1 bulan masihi itu mempunyai 2 bulan purnama , maka , bulan purnama kedua yang berlaku di dalam bulan yang sama itu dikenali sebagai blue moon .

Contoh :

Pada bulan januari 2018 , bulan purnama berlaku pada 2 januari yang lalu . 

Selepas bulan purnama yang berlaku pada 2 januari yang lalu iaitu  pada 31 januari 2018 , akan berlakunya sekali lagi bulan purnama .

Bulan purnama yang berlaku  bersamaan dengan fenomena gerhana bulan penuh pada 31 januari itu nanti dikenali sebagai blue moon . 

..

Pada awalnya ,
Fenomena blue moon merujuk kepada takrifan bulan purnama ketiga dalam 1 musim.
Walaubagaimanapun , Penggunaan istilah Blue moon yang menggunakan takrifan bulan purnama kedua dalam 1 bulan masihi lebih terkenal ketika ini berbanding takrifan bulan purnama ketiga dalam 1 musim .

Takrifan blue moon yang merujuk kepada bulan purnama kedua dalam 1 bulan masihi pada asalnya terjadi disebab salah faham seorang penulis iaitu James Hugh Pruett dalam satu artikal yang disiarkan di dalam majalah Sky & Telescope pada tahun 1946 berkenaan blue moon .

James Hugh Pruett tersalah faham akan takrifan yang tepat berkenaan blue moon dengan menyatakan blue moon merujuk kepada bulan purnama kedua yang berlaku dalam satu bulan masihi .

Kesilapan tersebut telah diperbetulkan tetapi sudah terlambat memandangkan takrifan James Hugh Pruett berkenaan istilah blue moon telah tersebar luas .

Selepas daripada peristiwa itu ,
Mana-mana bulan purnama kedua yang berlaku dalam satu bulan masihi kekal dikenali sebagai blue moon sehingga ke hari ini

..

Jelas di sini ,
Fenomena Blue moon tidak merujuk kepada perubahan jasad bulan yang menjadi warna biru tetapi ia hanya istilah yang digunakan bagi merujuk kepada bulan purnama yang berlaku samada bulan purnama ketiga dalam satu musim atau bulan purnama kedua dalam satu bulan .
..

Seterusnya , apa kaitannya gerhana kali ini dengan blood moon dan super moon ?

Sama seperti blue moon , blood moon dan  super moon juga bukanlah istilah saintifik di dalam dunia astronomi .
..

Beberapa tahun kebelakangan ini ,  istilah blood moon semakin kerap digunakan untuk merujuk kepada fenomena gerhana bulan penuh .

Fenomena gerhana bulan penuh digelar sebagai blood moon berkemungkinan kerana disebabkan warna pada jasad bulan berubah menjadi warna kemerah - merahan  seperti darah ketika berlakunya gerhana bulan penuh .

Kenapa boleh berubah menjadi warna kemerah - merahan ?

Kita sedia maklum bahawa Cahaya yang merambat dari matahari adalah berwarna putih . Tetapi , hakikatnya , ia terdiri daripada pelbagai warna sehingga kelihatan berwarna putih  .

Setiap warna dalam spektrum cahaya tampak mempunyai  panjang gelombang yang berbeza. Cahaya merah mempunyai panjang gelombang yang  paling panjang dan cahaya ungu mempunyai panjang gelombang yang paling pendek

Cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang pendek seperti ungu , biru dan hijau lebih mudah diserakkan oleh molekul - molekul di atmosfera berbanding cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang panjang seperti kuning , jingga dan merah .

Cahaya ungu , biru dan hijau semasa memasuki atmosfera bumi akan terserak dan "terperangkap" , manakala cahaya kuning, jingga dan merah dengan mudah melepasi atmosfera dan bergerak menuju ke luar angkasa semula .

Ketika cahaya yang mempunyai panjang gelombang yang panjang itu tadi seperti cahaya merah bergerak melalui atmosfera bumi menuju ke luar angkasa  , ia akan terbias  ke arah bayangan umbra bumi .

Jika ada objek langit yang berada di bahagian bayangan umbra bumi seperti bulan, cahaya yang terbias akan mengenai jasad bulan dan dipantulkan menuju ke sisi malam Bumi.

Jadi , pemerhati di bumi yang mencerap bulan semasa berlakunya gerhana bulan penuh akan dapat menyaksikan jasad bulan berubah kepada warna kemerah - merahan .

Di sisi yang lain,
Beberapa sumber menyatakan bahawa asal - usul istilah blood moon yang terkenal ketika ini dipelopori oleh dua orang paderi kristian iaitu Mark Blitz dan John Hagee yang merujuk kepada gerhana bulan penuh tetrad iaitu 4 gerhana bulan penuh yang berlaku berturut - turut pada tahun 2014 ~ 2015 .

Mereka mengaitkan gerhana bulan pada tahun
2014 ~ 2015 tersebut sebagai isyarat pengakhiran dunia ini .

..

Akhir sekali . .

Super moon .

Super moon pula merujuk kepada fenomena bilamana bulan purnama berlaku ketika bulan berada pada kedudukan atau hampir perigee iaitu kedudukan bulan yang berada paling dekat dengan bumi .

Istilah "Super moon" pertama kali dikemukakan oleh seorang ahli astrologi bernama Richard Nolle pada tahun 1979 .

Di dalam astronomi , fenomena super moon lebih dikenali sebagai bulan purnama perigee atau perigee-syzygy .

..

Adakah gerhana bulan penuh pada 31 Januari itu nanti berlaku ketika bulan berada pada kedudukan perigee ?

Secara teknikalnya , ketika berlakunya gerhana bulan penuh pada 31 januari itu nanti , kedudukan bulan tidaklah berada pada kedudukan perigee .

Selang waktu antara bulan berada pada kedudukan perigee dengan fasa bulan purnama melebihi 24 jam .

- Bulan berada pada kedudukan perigee : 
30 Januari 2018 ( 05:54 PM )
Jarak :   358995  KM

- Bulan memasuki fasa purnama : 
31 Januari 2018 ( 09:27 PM )

..

Walaubagaimanapun , kedudukan bulan semasa berlakunya gerhana bulan penuh nanti masih lagi berada pada jarak antara yang terdekatnya dengan bumi .

..

Gabungan fenomena gerhana bulan penuh , super moon , blue moon dan juga blood moon ,

Maka , muncul lah istilah
" super blue - blood  moon eclipse "  yang sedang tular ketika ini .
..

Bagaimana gerhana bulan penuh berlaku ? :

Tiga " ramuan " utama untuk fenomena gerhana bulan penuh .

1) bulan mestilah dalam fasa purnama

2) kedudukan bulan , bumi dan matahari mestilah berada pada kedudukan satu garis lurus sempurna 

3) keseluruhan jasad bulan memasuki bayangan umbra bumi .
..

Gerhana bulan penuh hanya boleh berlaku ketika fasa purnama dan hanya apabila bulan , bumi dan matahari berada pada satu garis lurus sempurna sehingga menyebabkan keseluruhan jasad bulan memasuki bayangan umbra bumi.

Apakah bayangan umbra bumi ?

Semasa cahaya matahari menerangi bumi , pada masa yang sama akan muncul bayangan bumi yang mengunjur ke luar angkasa.

Terdapat dua bahagian bayang iaitu umbra dan penumbra .

Umbra merupakan bayangan bumi bahagian tengah yang bersifat gelap .

Penumbra pula merupakan bayangan bumi
bahagian tepi yang bersifat kurang gelap berbanding dengan bayangan umbra .

Jika keseluruhan jasad bulan memasuki bayangan umbra, maka , gerhana bulan penuh akan berlaku.

Sekiranya hanya sebahagian jasad bulan memasuki bayangan umbra, maka ,  gerhana bulan separa yang akan berlaku .

Seterusnya , jika jasad bulan hanya memasuki bayangan penumbra sahaja, maka , gerhana bulan penumbra yang akan berlaku .

                                     
..

Kenapa tidak berlaku gerhana bulan penuh pada setiap fasa bulan purnama ?

Ia disebabkan orbit bulan condong
Sekitar 5 darjah berbanding dengan satah orbit bumi semasa mengelilingi matahari
Ini bermakna ,
bulan purnama tidak semestinya berlaku tepat pada satu garis lurus sempurna yang membolehkan berlakunya fenomena gerhana bulan penuh .

                             
..

Bolehkah fenomena gerhana bulan penuh disaksikan tanpa alat bantu optik ?

Jika tiada alat bantuan optik , fenomena gerhana bulan penuh tetap boleh disaksikan walau dengan menggunakan mata kasar sahaja .

Jadi , tiada alasan untuk melepaskan peluang menyaksikan fenomena tersebut 😊

Jika kita terlepas peluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh pada 31 Januari  nanti , kita perlu menunggu sehingga 28 Julai 2018 apabila langit Malaysia sekali lagi dihiasi dengan fenomena gerhana bulan penuh .

Wallahu A'lam .

" Majulah Falak Untuk Ummah "



Rujukan :

- Fred Espenak and Jean Meeus . Five Millennium Canon of Lunar Eclipses: -1999 to +3000 (2000 BCE to 3000 CE )
- farmersalmanac.com 
- Falakonline.net
- John Hagee (2013). Four Blood Moons: Something Is About to Change. 
- Mark Biltz (2014). Blood Moons: Decoding the Imminent Heavenly Signs . 
- fiziklah.com
- timeanddate.com
- , Fred Espenak. Full Moon at Perigee (Super Moon): 2001 to 2100 . 
- angkasa.gov.my







No comments:

Post a Comment

Jenis-jenis Juraian Meteor

Meteor Perseid di  Joshua Tree National Park kredit:  Brad Sutton (sumber: https://solarsystem.nasa.gov) Juraian meteor atau meteor ...