Sunday, January 28, 2018

Bengkel Astrophotography Camp 2017 Kedah



Pada 28, 29 dan 30 Januari 2017 yang lalu, kelab Hoshizora Astronomy Club telah menganjurkan bengkel Astrophotography Camp atau AC2017 yang berlangsung di Semeliang Resort, Kg. Semeliang, Kuala Nerang Kedah. Program ini disertai oleh 8 orang peserta yang datang dari serata Malaysia antaranya Kelantan, Selangor, KL, N.Sembilan, Penang, Perak dan Kedah sendiri.

Sebahagian peserta telah bertolak ke Kuala Nerang Kedah seawal 27 Januari lagi iaitu jumaat tengah hari dan tiba di Stesyen bas Kuala Nerang pada jam 9 malam hari jumaat. Kami dijemput oleh Encik Azhar yang merupakan pemilik Semeliang Resort. Kami diberi peluang untuk menginap sementara di Homestay berdekatan sementara menunggu program pada keesokannya.

Malam pada waktu tersebut sangat cantik. Kami sempat melakukan sesi stargazing dan astrofotografi. Antara objek tumpuan pada malam itu ialah Orion Nebula, Pleiades, planet Jupiter dan lain-lain. Sebahagian daripada kami melakukan stargazing sehingga jam 4 pagi.

Pada keesokan harinya, pada 28 haribulan Januari hari sabtu, pendaftaran untuk program bermula seawal jam 1 pm lagi. Fasiliti dan penginapan di Semeliang Resort sangat baik sekali. Segala kemudahan dan makan minum peserta pada tahap yang terbaik. Kebanyakan peserta berehat dan menguruskan diri sementara menunggu program bermula.

Jam 5 pm, program dirasmikan oleh Encik Azhar dan slot 1 teori astrofotografi telah dimulakan oleh Encik Amirul Hazim yang merupakan presiden kelab Hoshizora Astronomy Club. Beliau memberikan taklimat tentang astrofotografi, peralatan, setting kamera, jenis-jenis dan teknik-teknik astrofotografi dan sebagainya. Sesi itu berlangsung selama sejam setengah dan berakhir pada jam 6.30 pm.



Pada sebelah malamnya, slot praktikal astrofotografi diadakan bermula jam 10 pm sehingga jam 3 am. Objek tumpuan pada malam itu ialah Orion Nebula, Seven sisters dan planet Musytari. Pelbagai peralatan digunakan oleh para peserta seperti Star Adventurer Tracker, iOptron Smart EQ mount beserta telescope Skywatcher 70, Mount EQ Vixen dan telescope 200mm dan sebagainya.



Pada keesokan harinya, program diteruskan lagi dengan slot ke3 iaitu teknik pemprosesan gambar. Sesi ini dikendalikan oleh saudari Emma Zulaiha Zulkifli. Antara software yang digunakan ialah Startrail, Deep Sky Stacker, Registax dan Mosaic beserta Photoshop. Pelbagai cara dan teknik yang diajar oleh penceramah dalam pemprosesan imej. Antara yang dikongsi termasuklah perisian telefon pintar yang berguna dalam astronomi. Sesi pada sebelah petang berlangsung dengan sedikit pemprosesan gambar dan sharing session. Setiap peserta persembahkan hasil astrofoto masing-masing. Program ditutup dengan majlis penutup oleh Encik Azhar serta sesi penyampaian sijil diadakan.


Pada lewat petang, kami sempat outing ke kawasan berdekatan untuk merakamkan landscape sunset beserta bulan sabit dan planet Venus. Tempat yang kami temui secara tidak sengaja itu sangat cantik kerana dihiasi bukit-bukau dan sawah padi yang berair. Saudara Rafiq sempat menerbangkan drone miliknya untuk merakam suasana petang itu. Kami juga sempat merakam matahari terbenam yang dihiasi dengan bulan sabit dan Venus. Earth Shine turut kelihatan pada waktu itu. Pada sebelah malamnya, kami meneruskan sesi praktikal astrofotografi. Langit pada malam itu memberangsangkan dengan sedikit awan nipis.









Pada hari terakhir, sebahagian peserta telah mula berangkat pulang ke rumah masing-masing. Sebahagian lagi sedang menunggu hari malam kerana jadual bas pada sebelah malam. Para peserta yang tinggal sempat melawat Alor Setar dan Gunung Keriang yang terletak tidak jauh dari Kuala Nerang. Pada sebelah petangnya, kami turut menziarah Tasik Pedu yang di sana berdiri megah Houseboat milik Saudara Amir. Di sana kami mengambil gambar sunset yang dihiasi bulan dan venus berhiaskan pemandangan tasik Pedu. Kami mula berangkat pulang pada malam tersebut seperti yang dijadualkan.




No comments:

Post a Comment

Jenis-jenis Juraian Meteor

Meteor Perseid di  Joshua Tree National Park kredit:  Brad Sutton (sumber: https://solarsystem.nasa.gov) Juraian meteor atau meteor ...