Monday, May 15, 2017

ADAKAH UTARID PLANET TERPANAS DI DALAM SISTEM SURIA?


Ramai orang menyangka bahawa planet terpanas di dalam sistem suria kita ialah planet utarid kerana ia berada paling hampir dengan matahari .


Tetapi , tahukah anda ..
Utarid bukan lah planet yang terpanas di dalam sistem suria ,  tetapi planet yang terpanas ialah planet kedua terhampir dengan matahari iaitu planet zuhrah . .


Kenapa ?

Untuk pengetahuan , walaupun utarid berada paling hampir dengan matahari , tetapi ia tidak mengandungi lapisan atmosfera yang mampu memerangkap haba daripada matahari .
Berbeza dengan planet zuhrah  , zuhrah antara planet yang mempunyai lapisan atmosfera yang sangat tebal dan mengandungi peratusan gas karbon dioksida
( CO2 ) yang sangat tinggi .


lapisan atmosfera yang tebal dengan gas karbon dioksida menyebabkan tenaga haba daripada matahari yang memanaskan planet tersebut tidak dapat di bebaskan semula ke angkasa sehingga menyebabkan
"kesan rumah hijau" berlaku di sana.


Keadaan tersebut menyebabkan suhu planet zuhrah mampu mencapai purata sekitar 470 darjah celcius dan menjadikan ia planet terpanas di dalam sistem suria .



Imej menunjukkan Permukaan planet zuhrah yang berjaya diambil oleh prob Venera 13

No comments:

Post a Comment

Jenis-jenis Juraian Meteor

Meteor Perseid di  Joshua Tree National Park kredit:  Brad Sutton (sumber: https://solarsystem.nasa.gov) Juraian meteor atau meteor ...