Meteor Perseid di Joshua Tree National Park kredit: Brad Sutton (sumber: https://solarsystem.nasa.gov) |
Juraian meteor atau meteor shower terjadi apabila bumi melalui kawasan yang mempunyai
banyak sisa habuk dan debu. Apabila habuk daripada komet atau asteroid ini
masuk ke dalam atmosfera bumi dan terbakar lalu membentuk garisan cahaya di
langit, ia dipanggil meteor atau tahi bintang. Terdapat beberapa juraian meteor
utama iaitu:
Quadrantids
Berasal daripada asteroid 2003 EH1. Dapat dilihat bermula akhir
Disember hingga awal Januari. Kemuncaknya pada awal Januari
Lyrids
Berasal daripada komet C/1861 G1 Thatcher. Dapat dilihat pada akhir
April dan kemuncaknya pada 22 April
Eta Aquarids
Berasal daripada komet 1P Halley. Dapat dilihat bermula pertengahan
April hingga akhir Mei. Kemuncaknya pada awal Mei.
Delta Aquarids
Berasal daripada komet 96P Machholz. Dapat dilihat pada pertengahan
Julai hingga pertengahan Ogos. Kemuncaknya pada akhir Julai
Perseids
Berasal daripada komet 109P/Swift-Tuttle. Dapat dilihat bermula
pertengahan Julai hingga akhir Ogos. Dan kemuncaknya pada pertengahan Ogos
Orionids
Berasal daripada komet 1P/Halley. Boleh dilihat bermula awal
Oktober hingga awal November. Dan kemuncaknya pada pertengahan Oktober.
Leonids
Berasal daripada komet 55P/Tempel-Tuttle. Dapat dilihat pada bulan
November. Kemuncaknya pada pertengahan November.
Geminids
Berasal daripada asteroid 3200 Phaethon. Boleh dilihat pada bulan
Disember. Kemuncaknya pada pertengahan Disember.
Bagaimana cara melihat juraian meteor ?
Anda tidak perlu mempunyai apa-apa alat khas atau canggih untuk
melihat juraian meteor. Cukup sekadar mencerap dengan mata kasar sahaja.
Semestinya kawasan cerapan yang jauh daripada pencemaran cahaya seperti bandar
besar. Kawasan itu juga sebaiknya lapang tanpa gangguan seperti bangunan dan
pokok.
Waktu yang terbaik untuk mencerap juraian meteor ialah selepas
tengah malam sehingga sebelum subuh. Anda hanya perlu menghadap langit yang
paling gelap, posisi terbaik ialah dalam keadaan berbaring. Mata kita
memerlukan masa lebih kurang 20-30 minit supaya anak mata terbuka pada tahap
maksimum dan lebih banyak cahaya boleh masuk. Jadi, jangan terburu-buru dan
nikmatilah langit malam sepuasnya bersama keluarga dan rakan.
Cara mengambil gambar juraian meteor pula?
- Cari lokasi yang jauh dari pencemaran cahaya
- Gunakan tripod yang kukuh
- Set kamera ke mode M (Manual)
- Set aperture nilai serendah/sekecil yang mungkin
- Set ISO setinggi yang mungkin, yang sesuai dengan kemampuan kamera masing-masing
- Set waktu dedahan (exposure) sekitar 20-30 saat. Guna tips 600 rules untuk elak bintang-bintang menjadi ‘tidak bulat’
- Set fokus ke MANUAL, dan fokuskan ke infiniti. Jika kamera anda mempunyai Live View, halakan ke arah bintang-bintang yang cerah, dan set fokus kearahnya terlebih dahulu.
- Gunakan timer atau remote release shutter
Rujukan