..
Pada hari ini iaitu 23 September 2018 ,
Berlakunya suatu fenomena yang dikenali sebagai " Ekuinoks September " .
Ekuinoks September secara rasminya telah berlaku pada :
01:54 UTC atau 09:54 AM
( waktu Malaysia )
..
Bagaimana Ekuinoks September berlaku ? .
Umum mengetahui paksi bumi condong sebanyak 23.5 darjah ketika mengorbit matahari .
akibatnya ,
Kedudukan matahari tidak selalu berada pada tempat yang sama jika kita perhatikan setiap hari .
kadang kala matahari kelihatan di kawasan sebelah utara .
kadang kala matahari kelihatan berada di kawasan sebelah selatan .
Dan , ada kalanya matahari kelihatan berada tegak di atas garisan Khatulistiwa .
Ketika matahari berada tegak di atas garisan Khatulistiwa , akan berlakunya fenomena Ekuinoks .
..
Dalam setahun , dua kali fenomena Ekuinoks akan berlaku .
- Bulan Mac
- Bulan September
..
Ekuinoks yang berlaku pada bulan Mac telah berlalu ,
Kini tiba Ekuinoks bulan September pula . .
Sebelum bermulanya Ekuinoks pada bulan September ,
Kedudukan matahari kelihatan tegak di garisan Sartan yang berada di hemisfera utara pada bulan Jun .
Ketika matahari tegak di garisan sartan pada bulan Jun , berlakunya fenomena yang dikenali sebagai Solstis Jun .
Ketika Solstis Jun ,
Kawasan hemisfera utara akan mengalamai musim panas manakanala kawasan hemisfera selatan pula akan mengalamai musim sejuk .
Hari demi hari ,
Matahari akan kelihatan "bergerak" sedikit demi sedikit dari garisan Sartan di hemisfera utara menuju ke garisan Khatulistiwa .
Ketika Matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa pada bulan September , berlakunya fenomena Ekuinoks september ..
..
secara dasarnya ,
Mengikut takrifan Astronomi ,
Ekuinoks pada bulan September ini menandakan bermulanya perubahan musim daripada musim panas di hemisfera utara kepada musim luruh .
Atau ,
perubahan musim daripada musim sejuk di hemisfera selatan kepada musim bunga .
..
Adakah siang dan malam sama panjang ketika fenomena Ekuinoks berlaku
( 12 jam siang , 12 jam malam ) ?
..
Sepanjang fenomena Ekuinoks berlaku ,
ramai yang beranggapan bahawa siang dan malam adalah sama panjang .
Benarkah ?
Secara teknikalnya : TIDAK
Siang dan malam tidak sama panjang iaitu 12 jam siang dan 12 jam malam .
..
Kenapa ?
Untuk pengetahuan semua ,
matahari ketika dilihat dari bumi adalah berbentuk seperti cakera dan bukannya satu titik tunggal cahaya .
Waktu siang dikira apabila bahagian sisi atas matahari mula kelihatan di ufuk timur meskipun kedudukan sebenar matahari di langit dikira pada pusat matahari .
..
ketika terbenam pula , walaupun pusat matahari sudah kelihatan berada di bawah ufuk , namun sisi atas matahari masih boleh dilihat di atas ufuk barat , ia masih dikira waktu siang ..
..
Selain itu , pembiasan cahaya matahari melalui atmosfera bumi juga mempengaruhi pengiraan panjangnya waktu siang .
Akibat pembiasan , sinaran cahaya matahari akan tetap kelihatan di ufuk walaupun pada hakikatnya jasad matahari sudahpun terbenam di bawah ufuk .
..
Jadi , apabila faktor matahari mula terbit dan terbenam serta faktor pembiasan cahaya matahari melalui atmosfera diambil kira , waktu siang akan sedikit lebih panjang berbanding waktu malam .
..
Wallahu A'lam .
" Majulah Falak Untuk Ummah "
..